Peneutralan asid Bes

Apabila terlarut dalam air, bes natrium hidroksida mengurai kepada ion-ion hidroksida dan ion-ion natrium:

NaOH → Na + + OH − {\displaystyle {\mbox{NaOH}}\to {\mbox{Na}}^{+}+{\mbox{OH}}^{-}}

hidrogen klorida juga mengurai kepada ion-ion hidronium dan ion-ion klorida dalam air:

HCl + H 2 O → H 3 O + + Cl − . {\displaystyle {\mbox{HCl}}+{\mbox{H}}_{2}{\mbox{O}}\to {\mbox{H}}_{3}{\mbox{O}}^{+}+{\mbox{Cl}}^{-}.}

Apabila kedua-dua larutan dicampurkan, ion-ion H3O+ dan OH− bergabung untuk membentuk molekul air:

H 3 O + + OH − → 2H 2 O {\displaystyle {\mbox{H}}_{3}{\mbox{O}}^{+}+{\mbox{OH}}^{-}\to {\mbox{2H}}_{2}{\mbox{O}}}

Jika kuantiti NaOH dan HCl yang sama dilarutkan, bes dan asid akan dineutralkan sepenuhnya, meninggalkan hanya NaCl, iaitu garam biasa, dalam larutan.

Jika terdapatnya tumpahan asid, selalunya dicadangkan untuk menggunakan bes lemah untuk meneutralkannya, seperti soda atau putih telur. Meneutralkan tumpahan asid dengan bes kuat, seperti lai atau ammonia, boleh mengakibatkan tindak balas eksotermik yang sangat cergas, dan bes itu sendiri boleh mengakibatkan kerosakan seperti yang diakibatkan oleh tumpahan asid yang asal.